CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 1, 2011

Istimewanya Wanita

"Janganlah kamu nikahi wanita cantik, kelak kecantikkan itu akan membinasakanmu; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak tidak berhidung dan tuli tetapi beragama itu adalah lebih baik bagimu." (Riwayat Abdullah Ibn Humaid)

"Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana syurga menurut kehendaknya." (Riwayat Imam Ahmad)

Al-Quran menggambarkan wanita dalam 3 fenomena:
- Wanita sebagai fitnah dan musuh andainya mereka tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
- Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
- Wanita anugerah ALLAH yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasaan paling indah ialah wanita yang solehah". (Riwayat Muslim)

0 comments:

Post a Comment